Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Monday, October 11, 2010

12 MAUT KEMALANGAN DI REMBAU – BAS HIMPAP KERETA




12 MAUT KEMALANGAN DI REMBAU – BAS HIMPAP KERETA




Aku rasa korang ada tengok berita ni dekat TV tadi ataupun ada kawan korang sendiri yang bagitau korang pasal kemalangan ngeri dekat highway Rembau ni.

Malang sungguh nasib diorang, tapi nak buat macam mana. Kita hidup sebelum mati dan mungkin Allah lebih menyayangi mereka. 2 buah bas, sebuah van, 3 buah kereta!

Aku ucapkan takziah kepada ahli keluarga 12 orang yang maut tu walaupun mayat tu semua masih belum dikenal pasti masa aku tulis post ni.




Berdasarkan pembacaan aku pasal kemalangan ni, aku buat hipotesis yang driver salah sebuah bas ni bawak laju sangat. Driver bas sekarang ni memang laju-laju wey. Dah macam lumba haram dah aku rasa.

Orang cakap jadi driver bas ni kalau nak masyuk, diorang kejar trip. Lagi banyak trip lagi banyak gaji dia. Hmmm.. Siapa yang tak buat salah kan. Mintak-mintaklah lepas ni driver bas lain ambil pengajaran daripada kes ni.

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER