Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Monday, November 8, 2010

Korang Masih Ingat Kisah Mona Fendi?







Posted by Syed Fauzi on Sunday, June 27, 2010 Labels: Santai
tkala aku kebosanan melayari internet sambil membaca artikel-artikel yang ada aku teringat akan sebuah kisah yang tragis pernah berlaku di negara kita suatu ketika dahulu iaitu KES MONA FENDI. Sekadar pengetahuan mari kita singkap semula sejarah kisah ini yang aku ambil dari salah sebuah blog di internet

"Tersebut la kisah, Si Mona Fendy.
Seorang Bomoh kejam tidak terperi,
Berbakat juga dalam bidang menyanyi.
Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobi"


Mungkin kita tahu tentang kisah seorang bomoh bernama Mona Fendy. Tetapi bagaimana dengan generasi sekarang? Bila adik aku tanya siapa wanita ini, aku pun terpaksalah menceritakan serba sedikit tentang arwah si mona ni. Untuk kisah yang lebih real, aku sarankan korang download kisah Mona Fendy yang difilemkan ini dalam cerita Dukun.


Kalau umur korang lebih kurang baya aku, time case Mona Fendy meletup waktu tu kite masih berada di bangku sekolah rendah lagi. Aku yang masih berhingus waktu itu, masih dapat mengimbau muka Mona Fendy yang masuk dalam televisyen sambil tersenyum memandang kamera. Senyuman menakutkan. Igauan yang mengerikan.


Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mona Fendy (kiri), suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman (tengah), dan pembantu mereka Juraimi Hussin (kanan) dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.


Mona Fendy mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi, dan telah mengeluarkan beberapa album pada tahun 1993.


Mona Fendy juga telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh itu. Namun, pada waktu Hakim menjatuhkan hukuman, Mona tidak menangisi nasibnya malah beliau tersenyum dan mengatakan " Im very happy now ".
"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi

"Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata Mohamad Affandi

''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,'' kata Mona Fendy


Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]
1993 - Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.


Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.


Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau.

Mona Fendi sememangnya bermula dengan karier sebagai penyanyi. Mona Fendi telah popular dengan lagu Ratapan Anak. Namun, bagi aku...lagu ni seakan-akan seram. Naik bulu roma dengar lagu Mona Fendi ni. Hehe.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang gambaran cerita sebenar sorotan kisah Mona Fendi ni, aku sarankan korang belilah DVD cerita Dukun The Movie yang dilakonkan oleh Umi Aida selaku Mona Fendi. Memang meremang bulu roma, sebab rasa macam dapat berada seperti keadaan sebenar. Sila replay preview cerita Dukun The Movie ini :


Siapa yang nak tengok filem yang sudah bertahun sangkut kerana tidak di benarkan untuk di tayang kan sila buka di sini sumber lekat lekit blogdpot

4 comments:

  1. tulah...dulu dgr cite dia..tapi masa tu masih budak...ahahaha....so, xtaw sgt ah..

    ReplyDelete
  2. tade pon link nye.. nk tgk gak...

    ReplyDelete

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER