Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Thursday, November 4, 2010

N45 Galas: 11,553 Pengundi Mula Menentukan Nasib PAS, BN

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

GUA MUSANG: Proses pengundian bagi kira-kira 11,553 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula tepat pukul 8 pagi Khamis.

Tinjauan di beberapa pusat mengundi mendapati jumlah keluar mengundimasih lagi berkurangan namun dijangkakan meningkat menjelang tengahhari.

Keadaan cuaca yang baik di sekitar Gua Musang membolehkan pengundikeluar menunaikan tanggungjawab mereka menentukan pemimpin yang bakal membela nasib rakyat di DUN Galas.

Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

Seramai 127 pengundi pos membabitkan anggota polis dan 50 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang bertugas semasa pada pilihan raya DUN Galas sudah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi padaAhad dan Isnin lalu.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antaraBarisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Ab Aziz Yusoff manakala PAS mempertaruhkan pemangku Yang Dipertua parti itu di Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamed.

Bagaimanapun kedua-dua calon bukan pengundi di DUN Galas.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.

SPR menjangkakan keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Galas akandiketahui menjelang pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27Sept lepas.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos. Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

1 comment:

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER