Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Thursday, December 9, 2010

Ikan disangka buaya


MERSING: “Ketika saya hendak menaiki bot, saya lihat ada objek besar tersadai di tepi muara sungai. Sangkaan saya itu buaya, kemudian rakan datang menyuluh dan melihat seekor ikan besar tak pernah ditemui sebelum ini,” kata seorang nelayan warga Myanmar, Auti Htay, 33.
Auti menemui ikan spesies Arapaima yang turut digelar sebagai ikan naga kira-kira jam 9 malam kelmarin, berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Mersing Kanan, di sini. Menurutnya, ketika ikan seberat 55 kilogram itu ditemui, ia tidak bergerak kerana dipercayai baru mati.

Arapaima sejenis ikan pemangsa air tawar berasal dari Sungai Amazon dan Sungai Orinoco, Amerika Selatan dan banyak dibawa ke negara ini sebagai ikan peliharaan.
“Oleh kerana pelik, saya dan rakan mengangkat ikan berkenaan ke darat dan meletakkannya dalam tong berisi air batu sebelum membawanya pulang,“ katanya ketika ditemui di Jeti LKIM di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati rata-rata nelayan di situ terperanjat penemuan ikan berkenaan yang tidak pernah ditemui atau tertangkap sebelum ini.

Mereka percaya ikan naga berkenaan spesies air tawar yang tersesat atau keracunan sebelum dihanyutkan ke Muara Sungai Mersing.Seorang nelayan, Ariffin Jusoh, 46, berkata ikan berkenaan seberat 55 kilogram dan sepanjang 183 sentimeter itu pertama kali ditemui di muara Jeti LKIM Sungai Mersing.

“Pertama kali dalam hidup saya melihat ikan sebesar ini. Kalau ikan air masin, sudah biasa tetapi ikan air tawar seperti ini jarang ditemui.
“Bagi penduduk Mersing, ini pertama kali kami melihatnya. Belum pernah ikan seperti ini ditangkap nelayan,“ katanya.

Menurutnya, bentuk ikan itu amat menarik kerana mempunyai kepala seperti buaya serta bersisik cantik.

“Bentuk ikan seperti kelisa, tetapi kepalanya seperti buaya dan keras. Tambahan pula, sisiknya berwarna merah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER