Saturday, September 17, 2011

ISA Dimansohkan




Selesai sudah Perdana Menteri Malaysia menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Malaysia 16 September 2011. Antara Perutusan Khas itu adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan. 

2 undang-undang baru akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. 

Selain itu tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Dan kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Kerajaan juga akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan akn menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Intipati lain dalam Perutusan Khas tersebut :-

  • memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
  • Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
  • kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
  • kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.
Perutusan ini juga di sambut baik oleh Pembangkang dan Rakyat. "1Malaysia 3X"

Sumber: Bacaan dari text rasmi.

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER