REZEKI

CLICK FOR MORE

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Thursday, January 17, 2013

Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199

*UPDATED TERBARU SISTEM MENCARI CALON PRU 2013 
 

PERGI DISINI UNTUK MAKLUMAT PENUH PRU 2013


Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.




Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan yang berhemah.


Objektif  BL1M
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
 
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
Nota: Anda kini boleh akses borang online di myeg  (Laman Alternatif Pendaftaran BL1M Online)
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.



Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat akses borang tersebut melalui link yang telah diberikan. Ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.




Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubungi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.


Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.

3 comments:

  1. Terima kasih...tapi saya tak faham...lpas fill up dekat myeg,ade satu form yg dia anta dekat kita yg penuh dgn detail, so form tu nak buat apa?Pergi terus mana mana myeg ke??or tunggu surat??tak fahammmm....

    ReplyDelete
  2. saya ni dh lma DftR tapi x apa2 email pun kecewa btl la..dah la duit brim x dapat ni bl1m pun x dapat jugak..

    ReplyDelete

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER