Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Wednesday, January 16, 2013

Kadar Caj Tempat Letak Kereta atau Car Parking Malaysia Di Selaras



Kadar caj parking Malaysia akan di selaras. Berita ini terlalu gembira kepada pengguna-pengguna kereta di Malaysia kerana kadar Perking kebanyakkan tempat begitu mahal ada yang mencecah RM5.00 ke RM10.00 sejam. Terutamanya kutooo, kerana kutooo suka parking kereta di tepi-tepi jalan.. hu3





Kadar caj parking Malaysia akan di selaras
Kadar caj bayaran letak kereta ditetapkan kepada empat kategori
a) parkir dalam bangunan, 
b) kawasan terbuka atau kawasan lapang, 
c) milik hotel dan 
d) lain-lain kategori.

Kawasan tempat letak kereta pula dibahagi kepada  dua zon
a) kawasan perancangan pusat bandar
b) kawasan perancangan luar pusat bandar.


CAJ IKUT JAM

-Kadar siling caj letak kereta mengikut jam yang dibenarkan di kawasan perancangan pusat bandar adalah untuk jam yang pertama:

a)      RM3 dan RM6 (dalam bangunan),
b)      RM3 hingga RM5 (kawasan lapang),
c)      RM4 hingga RM8 (hotel)
d)     RM3 hingga RM6 (lain-lain kategori).

-Bagi kawasan perancangan luar pusat bandar; jam pertama:
a)      RM1 hingga RM4 (dalam bangunan),
b)      RM1 hingga RM3 (kawasan lapang),
c)      RM3 hingga RM5 (hotel) dan 50 sen hingga RM2 (lain-lain kategori)




BAWAH 15 MINIT PERCUMA

-Penggunaan letak kereta di bawah 15 minit bagi mana-mana kawasan dan kategori adalah percuma.

*bagi jam berikutnya, caj dibenarkan RM1 hingga RM2 untuk semua


PENUNGGANG MOTOSIKAL,

-caj dikenakan sekali masuk dengan caj siling antara RM1 hingga RM2

-manakala bagi kawasan di luar perancangan pusat bandar tidak melebihi RM1.


KADAR RATA PERANCANGAN PUSAT BANDAR

-Kadar rata di kawasan perancangan pusat bandar, caj siling antara RM5 hingga RM10, tertakluk bayaran maksimum RM20 sehari.



Operator parkir diberi masa tiga bulan untuk mematuhi harga siling berkenaan


opss lupa pulak nak bertanya abis macam mana kadar letak kereta di bangunan Jusco yang telah menetapkan harga masing-masing? percuma untuk 1jam...

 info: BERNAMA



No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER