Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Wednesday, February 6, 2013

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Untuk Pelajar Peringkat Pengajian Tinggi


Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Untuk Pelajar Peringkat Pengajian Tinggi


Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan

·         SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih,
·         SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu
·         SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar Negara
·         Sebanyak dua buah bank akan menawarkan pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa
·         SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15 tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian
·         jumlah jaminan kerajaan ialah RM500 juta merangkumi peratusan jaminan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah dana SPP1M yang berjumlah RM5 bilion
·         SPP1M ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB

Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang di www.penerajuedu.com
semak online

Pada 2011, terdapat 943,548 pelajar melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dan daripada jumlah itu 508,256 melanjutkan pengajian di IPT awam, 482,973 di IPT swasta dan 6,319 di kolej komuniti.

Pelajar yang menyambung pengajian ke institusi luar negara pula berjumlah 89,686 di mana 27,003 pelajar di bawah tajaan kerajaan, korporat, serta agensi lain sementara 62,683 atas tajaan sendiri.

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER