Sumber terbaru dari http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/9842-al-kisah-villa-nabila-yang-tiba-tiba-popular.html
Updated November 2013
Siapa Nabila? Apa kaitan rumah banglo usang di tepi jalan Danga Bay Johor Bahru itu dengan nama beliau, dan siapa yang beri nama 'Villa Nabila' yang kecoh satu Malaysia itu.
Dan berita-berita lain adalah palsu.
sumber villanabilla.blogspot.com
Updated November 2013
Siapa Nabila? Apa kaitan rumah banglo usang di tepi jalan Danga Bay Johor Bahru itu dengan nama beliau, dan siapa yang beri nama 'Villa Nabila' yang kecoh satu Malaysia itu.
Ramai yang hendak tahu... asal muasal kisahnya, maka jenuh Agendadaily ketuk pintu sana sini untuk mendapat 'pencerahan' apa cerita sebenarnya.
Ini bukan cerita tepi jalan... tapi hasil temubual dengan wartawan kanan Utusan Malaysia di Johor Bahru, Maznah Mohd Arsad (gambar kanan).
Orang lama yang simpan banyak cerita dan gosip di Johor Bahru dalam 'poketnya'.
Menurutnya, 'Villa Nabila' yang kecoh diperkatakan oleh rakyat Malaysia kononnya rumah dimana budak perempuan nama Nabila kena bunuh dan menyebabkan ianya tidak diduduki dan berhantu hanyalah rekaan yang berbeza dengan fakta sebenar berkenaan sejarah rumah terbabit.
Jelasnya rumah tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang didakwa oleh mahkamah kerana pecah amanah dan menipu Kerajaan Negeri Johor.
Tambah beliau, tidak pernah timbul cerita berkenaan pembunuhan kejam atau ngeri di rumah terbabit, sebaliknya rumah berkenaan ditinggalkan kosong ekoran disita pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
"Dia (ahli perniagaan Cina) sebenarnya sebab pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor, dan dijatuhkan hukum didapati bersalah.
"Saya tak ingat, berkemungkinan pada tahun 1990 atau 1991, orang tersebut seorang ahli perniagaan dan katanya memang kerap menipu.
"Saya adalah wartawan yang ditugaskan membuat liputan berkenaan kes tersebut di Mahkamah di Johor Bharu, tertuduh dipenjara dan segala aset milik beliau disita pihak berkuasa," tambahnya lagi.
Itu kata wartawan otai yang memang menjadi sumber rujukan apa saja berita dan gosip di Johor.
Dalam bahasa mudahnya, tak pernah ada kaitan antara rumah banglo kosong itu dengan budak perempuan nama Nabila. Hanya 'urban legend' yang disebarkan dari mulut ke mulut sejak sekian lama.
Dan berita-berita lain adalah palsu.
sumber villanabilla.blogspot.com
Banyak
cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak
dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik
kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya
satu per satu.
Versi #1
– Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa
ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak
diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal
mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu
mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah
untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh
dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2
– Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari,
banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut
dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3
– Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan
kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4
– Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada
satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada
dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek
kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta
yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi
yang seterusnya.
Versi #5
– Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri
seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa
tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang
adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah
dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan
adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah
mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami
tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu
mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain
selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang
samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan
sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut
dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan
versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke
jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu
gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit
tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang
villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah
cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi
tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada
termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut
mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang
diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu
mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi
cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam
biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang
menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku
dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu
yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi
bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang.
Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok.
Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat
kawasan hutan.
Walaupun
gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru
terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam
gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni.
Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat
tingkap tu.
Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini
Salah cerita tu....villa Nabila ni kepuyaan keturunan ku.
ReplyDeleteDaniel Halique kalau betol tolong jelaskan bagi ramai pihak yang tidak keliru. tq
DeleteKita lihat pula di kaca TV apa kata media. Tunggu dan lihat.
ReplyDeletemana gambar kat "BAWAHNYA" ?
ReplyDeletemana gambar yg kat "BAWAH" nyer tu?
ReplyDelete