Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Sunday, February 16, 2014

Borang Permohonan Skim MyHome Bantuan Rumah Pertama



Fakta Bantuan Skim MyHome
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah


Syarat Kelayakan Skim MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli

Contoh Subsidi Skim MyHome
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.



Borang Permohonan Skim MyHome

Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.

Tarikh Permohonan Skim MyHome
Mulai 1 April 2014




1 comment:

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER