Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Wednesday, June 18, 2014

2014 Komtar JBCC Shoping Johor Bahru - Apa yang ada di Komtar Johor Bahru City Centre






PUSAT beli belah Komtar Johor Baharu City Centre (JBCC) siap untuk dibuka pada pertengahan bulan Julai 2014, kata Presiden/Ketua Eksekutif Perbadanan Johor (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Beliau berkata pusat beli belah ikon milik Damansara Assets Sdn Bhd, sebuah anak syarikat JCorp itu kini sudah 90 peratus siap dan dijadualkan pelancaran tertutupnya pada 18 Julai.

"Kami gembira dapat mencatatkan kadar penyewaan sebanyak 90 peratus sebelum pembukaannya dan 30 peratus akan disewa oleh Metrojaya Department Stores Sdn Bhd," katanya pada upacara pengenalan pasukan pengurusan Komtar JBCC di Johor Bahru hari ini.

Penyewa-penyewa lain termasuklah Swarovski, Fossil, Chanel, Tumi, Estee Lauder, Kiehl's, Victoria's Secret, Bath & Body Works, Pandora, Stadium, PUMA, The North Face, Bratpack, Jelly Bunny, Tizio, The Kitchen Shop, Haagen-Dazs, Shushi Zanma, Penang Street dan Fat Burger, katanya.   

"Kami menjangka 80 peratus penyewa akan memasuki premis dan menjalankanperniagaan menjelang akhir tahun," katanya. - Bernama

Apa yang ada di Komtar Johor Bahru City Centre (Swarovski, Fossil, Chanel, Tumi, Estee Lauder, Kiehl's, Victoria's Secret, Bath & Body Works, Pandora, Stadium, PUMA, The North Face, Bratpack, Jelly Bunny, Tizio, The Kitchen Shop, Haagen-Dazs, Shushi Zanma, Penang Street dan Fat Burger)

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER