Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Saturday, July 5, 2014

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia 1.26 Pagi Tadi

Bercerita tentang titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.


Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahyarhamah seorang insan yang baik dan disenangi ramai. Pergi meninggalkan kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.


AL-FATIHAH.....




Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia 1.26 Pagi Tadi.. Innalillahiwainnailaihirojiun..

Datuk Sharifah Aini, biduanita negara yang lebih mesra dengan nama Kak Pah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan pada paru-paru. Beliau yang dilaporkan dimasukkan ke sana sejak Isnin lalu pada mulanya dilaporkan stabil oleh abangnya, membuatkan peminat berasa lega dengan berita itu.

Apapun, Allah lebih menyayanginya, dan menjemputnya dalam bulan yang mulia ini..

Takziah buat ahli keluarga Datuk Sharifah Aini





No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER