Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Monday, September 1, 2014

Harga PROTON IRIZ


Proton telah menawarkan dua pakej istimewa sempena Hari Kemerdekaan ke-57. Ia membuka peluang kepada orang ramai untuk membeli mana-mana model keluaran Proton. Tetapi buat masa ini, Proton belum membuka tempahan bagi model terbaharunya yang bakal dilancarkan iaitu Proton Compact Car (PCC).


Dikatakan bakal diberi nama ‘Proton Iriz’, terdapat beberapa imej pengenalan yang terpapar di laman berkeanaan termasuklah rekaan lampu utama yang menggunakan lensa projektor dan reflektor.
 
Dibangunkan menerusi platform terkini Proton, model ini tampil dengan dua enjin terbaharu VVT iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 10 peratus berbanding dengan enjin Campro. Enjin PCC ini juga dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 110hp dan tork 148Nm dan berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 180km/j.
info lanjut di infokereta.com

1 comment:

  1. good work ...proton... i will b 1st 1 2 buy it

    ReplyDelete

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER