Skim
Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Untuk Pelajar Peringkat Pengajian Tinggi
Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk
membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman
kewangan tambahan
·
SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah
pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000
bagi bidang khusus kritikal dan terpilih,
·
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan
kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia
ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana
muda dan sarjana dalam bidang tertentu
·
SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu
suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013
untuk program berkembar dan program luar Negara
·
Sebanyak dua buah bank akan menawarkan
pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada
peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa
·
SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15
tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan
pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir
pengajian
·
jumlah jaminan kerajaan ialah RM500 juta
merangkumi peratusan jaminan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah dana
SPP1M yang berjumlah RM5 bilion
·
SPP1M ditawarkan kepada institusi pengajian
tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia
dan berdaftar dengan YPPB
|
Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education
Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang
di www.penerajuedu.com
semak online
Pada 2011, terdapat 943,548 pelajar melanjutkan pengajian di
institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dan daripada jumlah itu 508,256
melanjutkan pengajian di IPT awam, 482,973 di IPT swasta dan 6,319 di kolej
komuniti.
Pelajar yang menyambung pengajian ke institusi luar negara pula berjumlah
89,686 di mana 27,003 pelajar di bawah tajaan kerajaan, korporat, serta agensi
lain sementara 62,683 atas tajaan sendiri.