Perkara
149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam, dsb.
|
(1) Jika sesuatu
Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh
mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan-
(a)
|
untuk
menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk
menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
|
(b)
|
untuk
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau
mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
|
(c)
|
untuk
menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan
atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan;
atau
|
(d)
|
untuk
mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang
ditetapkan melalui undang-undang; atau
|
(e)
|
yang
memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau
perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
|
(f)
|
yang
memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
|
maka apa-apa
peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau
mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan
mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak
kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan
Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk
sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang
Undang-Undang yang sedemikian.
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang
disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah
terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis
Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan
apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau
tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah
Perkara ini.
____________________________________
CATATAN
Bahagian XI:
Tajuk
"KUASA-KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF DAN KUASA-KUASA
DARURAT" digantikan dengan "KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN
SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN
ORANG AWAM, DAN KUASA DARURAT" oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa
dari 31-12-1978.
Per. 149:
1.
Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 28(a) dan (b),
berkuat kuasa dari 31-5-1960, dan menggantikan Perkara asal yang berbunyi
seperti yang berikut:
"149.(1)
Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau
diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar
Persekutuan, untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta,
atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu,
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan
atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras
dengan mana-mana peruntukan Perkara 5,9, atau 10, atau walaupun, jika tidak
kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan
Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk
sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang
Undang-Undang yang sedemikian.
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi
sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu
dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa setelah habis tempoh satu tahun
dari tarikh undang-undang itu mula berkuat kuasa, tanpa menjejaskan kuasa
Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.".
2.Lihat Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82].
3. Perkataan ", tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam, dsb." dimasukkan selepas "subversif" dalam
nota bahu oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa dari 31-12-1978.
Fasal (1): Perenggan (e) digantikan
oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa dari 31-12-1978. Perenggan asal
berbunyi seperti yang berikut:
"(e) yang
memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;".
4.
Perenggan (f) ditambahkan oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat
kuasa dari 31-12-1978.
Per. 149(1):
Perkataan
"atau 10" digantikan dengan ", 10 atau 13" oleh Akta
A514, seksyen 14, berkuat kuasa dari 15-5-1981.
|
Perkara
150. Proklamasi darurat.
|
(1) Jika Yang
di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang
menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di
dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan
Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya
suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum
sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan
ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian
sedemikian hampir benar berlaku.
(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara
ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan
atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan,
sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau
tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau
Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.
(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang
berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang
serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan
tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka
Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang
didapatinya perlu mengikut hal keadaan.
(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah
mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan
hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu
ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah
Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang
di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh
dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa
membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara
lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki
diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.
(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah
Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan,
jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika
ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau
ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya
menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang
di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1)
atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).
(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif
Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,
meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian
arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau
pihak berkuasa Negeri itu.
(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat
kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,
membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen
bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79
tidaklah terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang
yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang
yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan
ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa
keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa
rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu
undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang
Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
diperkenankan olehnya.
(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan
yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta
Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang
mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki
oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan
dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini.
(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa
perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara
undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga
Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras
dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara
sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.
(7) Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu
Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan
menurut Proklamasi itu dan, setakat yang undang-undang itu tidak dapat dibuat
dengan sahnya jika tidak kerana Perkara ini, apa-apa undang-undang yang
dibuat semasa Proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa,
kecuali tentang perkara-perkara yang telah dilakukan atau ditinggalkan
daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini-
(a)
|
hal puas
hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B)
adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan
di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
|
(b)
|
tiada
mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa
permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa
alasan, mengenai kesahan-
|
|
(i)
|
sesuatu
Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam
Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);
|
|
(ii)
|
kuat
kuasa berterusan Proklamasi itu;
|
|
(iii)
|
mana-mana
ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
|
|
(iv)
|
penerusan
kuat kuasa mana-mana ordinan itu.
|
(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira
sebagai bersidang hanya jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya
berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu.
____________________________________
CATATAN
Per. 150:
Fasal
(1):
1. Perkataan "sama ada disebabkan oleh
peperangan atau pencerobohan dari luar negeri atau kekacauan di dalam
negeri" yang terdapat selepas "adalah terancam oleh
kerananya," dipotong oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(1), berkuat kuasa
dari 16-9-1963.
2. Fasal (1) dan (2): Digantikan
oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Fasal (1) dan (2)
yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
"Proklamasi
darurat.
|
150. (1)
Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang
berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya terancam kerananya, sama ada disebabkan oleh peperangan atau
pencerobohan dari luar negeri atau kekacauan di dalam negeri, maka Yang
di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat.
|
(2) Jika
Proklamasi Darurat dikeluarkan dalam masa Parlimen tidak bersidang, maka
Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dengan seberapa segera
yang dapat dilaksanakan, dan sehingga kedua-dua Majlis Parlimen bersidang,
Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan ordinan-ordinan yang mempunyai
kuat kuasa undang-undang jika berpuas hati bahawa tindakan serta-merta
dikehendaki.".
|
3. Perkataan "Yang di-Pertuan Agong"
digantikan dengan perkataan "Perdana Menteri" dan perkataan
"boleh" digantikan dengan "dia hendaklah menasihati Yang
di-Pertuan Agong dengan sewajarnya dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah
kemudiannya" kedua-duanya oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari
16-12-1983.
4. Lihat Proklamasi dalam
P.U.271/1964, P.U. 339A/1966, P.U.(A) 145/1969.
Fasal (2): Perkataan
"Yang di-Pertuan Agong" digantikan dengan perkataan "Perdana
Menteri" dan perkataan "dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan
sewajarnya" dimasukkan selepas perkataan "yang mengancam itu"
oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (2A): Ditambahkan
oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Perkataan
"untuk mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat" dimasukkan selepas
perkataan "oleh Perkara ini"; perkataan "sebagaimana
dinasihatkan oleh Perdana Menteri," dimasukkan selepas perkataan
"hal-hal keadaan yang berlainan". Perkataan "oleh Yang
di-Pertuan Agong" dipotong. Pindaan-pindaan ini dibuat oleh Akta A566,
seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (2B): Ditambahkan
oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Perkataan
"Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu
yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang
di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang
didapatinya dikehendaki mengikut hal-hal keadaan" digantikan dengan
"Perdana Menteri berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang
menyebabkan perlu diambil tindakan serta-merta, maka dia hendaklah menasihati
Yang di-Pertuan Agong supaya memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang
didapati perlu oleh Perdana Menteri, dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah
kemudiannya memasyhurkan ordinan-ordinan itu dengan sewajarnya" oleh
Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (2C): Ditambahkan
oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Perkataan
"Yang di-Pertuan Agong" dipotong oleh Akta A566, seksyen 20,
berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (3):
1. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta
10/1960, seksyen 29, berkuat kuasa dari 31-5-1960, dan menggantikan Fasal
asal yang berbunyi seperti yang berikut:
"(3)
Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak
terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa-
(a)
|
sesuatu
Proklamasi, apabila habis tempoh dua bulan mulai tarikh Proklamasi itu
dikeluarkan; dan
|
(b)
|
sesuatu
ordinan, apabila habis tempoh lima belas hari mulai tarikh kedua-dua Majlis
bersidang pertama kali,
|
melainkan jika, sebelum habis tempoh itu,
Proklamasi atau ordinan itu telah diluluskan melalui suatu ketetapan setiap
Majlis Parlimen.".
2.
Perkataan "Fasal (22)" (di dua tempat) digantikan dengan
"Fasal (2B)" oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari
15-5-1981.
3. Perkataan "Yang di-Pertuan Agong"
dipotong oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (8) perenggan (a): Perkataan
"Yang di-Pertuan Agong disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B)"
digantikan dengan perkataan "Perdana Menteri yang disebut dalam Fasal
(1), (2) dan (2B)" oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari
16-12-1983.
Fasal (8) perenggan (b)(i): Perkataan
"sama ada atau tidak berbangkit di bawah Fasal (2)" dimasukkan
selepas perkataan "dinyatakan dalam Fasal (1)" oleh Akta A566,
seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Catatan:
Perkara 150 dipinda lagi oleh Akta A584 yang
mengekalkan peruntukan-peruntukan asal seperti yang terdapat sebelum pindaan
yang dibuat oeh Akta A566 seperti yang tedapat kini.
Per. 150(5):
Fasal
yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat
kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "atau dalam Perlembagaan Negeri
Sarawak" dimasukkan oleh Akta 68/1966, seksyen 3, selepas perkataan
"Perlembagaan ini" yang terdapat mula-mula itu, berkuat kuasa dari
20-9-1966, dan akan berhenti berkuat kuasa enam bulan selepas tarikh
terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang
di-Pertuan Agong pada 14-9-1966 dalam P.U. 339A/1966.
Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:
"(5)
Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun
apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa
perkara yang disenaraikan dalm Senarai Negeri (selain apa-apa perkara
mengenai hukum Syarak atau adat orang Melayu), melanjutkan tempoh Parlimen
atau Badan Perundangan Negeri, menggantung mana-mana pilihan raya, dan
membuat apa-apa peruntukan yang berbangkit atau bersampingan dengan mana-mana
peruntukan yang dibuat menurut Fasal ini.".
Per. 150(6):
Fasal
yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat
kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "atau bagi Perlembagaan Negeri
Sarawak" dimasukkan oleh Akta 68/1966, seksyen 3, selepas perkataan
"Perlembagaan ini" di hujungnya, berkuat kuasa dari 20-9-1966, dan
akan terhenti berkuat kuasa enam bulan selepas tarikh terhentinya kuat kuasa
Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14-9-1966
dalam P.U. 339A/1966. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:
"(6)
Tiada peruntukan mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau yang
dimasyhurkan menurut Perkara ini boleh menjadi tidak sah atas alasan apa-apa
ketidakselarasan dengan peruntukan-peruntukan Bahagian II, dan Perkara 79
tidaklah terpakai bagi mana-mana Rang Undang-Undang untuk sesuatu
undang-undang yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang
Undang-Undang yang sedemikian.".
Per. 150(6A):
1.
Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa dari
16-9-1963.
2. Perkataan "sesuatu Negeri Borneo"
digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514,
seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Per. 150(8) & (9):
Ditambahkan
oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981.
|
Perkara
151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.
|
(1) Jika mana-mana undang-undang atau
ordinan yang dibuat atau dimasyhurkan menurut Bahagian ini membuat peruntukan
bagi tahanan pencegahan-
(a)
|
pihak
berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang ditahan di bawah
undang-undang atau ordinan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang
boleh, memberitahu orang itu alasan dia ditahan dan, tertakluk kepada Fasal
(3), pengataan fakta yang berasaskannya perintah itu dibuat, dan hendaklah
memberikan peluang kepadanya untuk membuat representasi terhadap perintah
itu dengan seberapa segera yang boleh;
|
(b)
|
tiada
warganegara boleh ditahan seterusnya di bawah undang-undang atau ordinan
itu melainkan jika suatu lembaga penasihat yang ditubuhkan sebagaimana yang
disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat
oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan membuat
syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan setelah
menerima representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama yang
dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
|
(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini
hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak
menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi,
atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia,
dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong.
(3) Perkara ini tidak menghendaki mana-mana pihak berkuasa mendedahkan
fakta yang pendedahannya pada pendapat pihak berkuasa itu akan bertentangan
dengan kepentingan negara.
_____________________________
CATATAN
Per. 151
Fasal
(1)(b):
1. Perenggan yang asal yang berbunyi seperti yang
berikut, digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 30, berkuat kuasa dari
31-5-1960:
"(b)
|
tiada
warganegara boleh ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu selama
tempoh melebihi tiga bulan melainkan jika suatu lembaga penasihat yang
ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan
apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan
membuat laporan, sebelum habisnya tempoh itu, bahawa pada pendapatnya ada
sebab-sebab yang mencukupi mengenai penahanan itu.".
|
2. Akta 10/1960, seksyen 30, berkuat kuasa dari
31-5-1960, menggantikan perenggan (b) yang asal dengan yang
berikut:
"(b)
|
tiada
warganegara boleh ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu selama
tempoh melebihi 3 bulan melainkan jika suatu lembaga penasihat yang
ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan
apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan
telah membuat syor-syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.".
|
3. Perenggan yang ada sekarang sebagaimana yang
terdapat kini digantikan oleh Akta A354, seksyen 40, berkuat kuasa dari
27-8-1976.
Per. 151(2):
1.
Perkataan "daripada kalangan orang yang menjadi atau pernah menjadi
hakim Mahkamah Agung atau yang layak menjadi hakim Mahkamah Agung, dan"
digantikan dengan " dan yang menjadi atau pernah menjadi, atau yang
layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang
pernah menjadi hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan" dan
perkataan "Hakim Besar atau, jika pada masa itu hakim Mahkamah Agung
yang lain memangku jawatan Hakim Besar, selepas berunding dengan hakim itu"
digantikan dengan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan" oleh
Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.
2. Kemudiannya pula, subseksyen 18(2) Akta A566
memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah
ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung.
3. Fasal ini yang digantikan oleh Akta A767,
seksyen 5, berkuat kuasa dari 11-5-1990, berbunyi seperti yang berikut:
"(2)
Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud-maksud Perkara ini
hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi, atau yang layak
menjadi, hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi
seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota
lain, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding
dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung.".
4.
Perkataan "Mahkamah Agung' digantikan dengan perkataan "Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan" oleh Akta A885, seksyen 36, berkuat kuasa
dari 24-6-1994.
|