Sunday, November 3, 2013

Apa Maksud Macai

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

Sensitiviti ini lama kelamaan dilupakan oleh orang Melayu sendiri. Melayu mudah lupa. Tetapi orang Cina tidak melupakannya.

Ini diawali oleh sikap orang Melayu yang sesetengahnya tidak suka mendengar perkataan Malaicai (馬來仔) digunakan oleh orang Cina  sesama mereka terutama di tempat kerja bagi merujuk kepada pekerja Melayu kerana orang Melayu ini lebih suka dirujuk dengan nama mereka.

Perkataan "Cai" (仔) mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Perkataan 'Macai' (馬仔) yang kita selalu dengar dan perkataan 'budak Melayu' (Malaicai - 馬來仔) yang kita tidak suka dengar dari mulut orang Cina, dilihat berkongsi karekter yang sama namun dibezakan dengan dengan perkataan 'Lai' (來) yang ditiadakan.

Apabila perkataan 'Ma' (馬) telah diketahui menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia selain maksud asalnya yakni 'kuda' dan apabila tiada perkataan Macai (馬仔) wujud dalam kamus Cina di Tanah Besar Cina, jelas sekali perkataan ini berorientasikan maksud tempatan yakni dalam konteks perkaitannya dengan perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞).

Maka, ringkasannya, perkataan "Macai" (馬仔) itu sendiri membawa dua erti yakni pada bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, iala membawa maksud 'budak yang diperkudakan' manakala dari segi istilah, ia membawa maksud 'budak Melayu'.Penggunaan perkataan ini di Malaysia tidak memisahkan kedua-dua maksud ini.

Hari ini, sangatlah memalukan apabila kita mendapati anak-anak Melayu 'memacai' sesama mereka sendiri tanpa mengetahui makna serta asal usul datangnya perkataan tersebut yang pada awalnya merupakan kata yang dianggap menghina bangsa mereka.

Padahal bangsa Cina di negara ini amat berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini bimbang ia mengguris sensitiviti orang Melayu yang mengerti.

Untuk rekod, perkataan Macai di atas tiada kena mengena dengan ejensi nombor ramalan Damacai (大马彩) yang berbunyi 'Taimachoi' dalam Kantonis yang membawa maksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda".

Perkataan kewujudan perkataan Cina ini juga tiada kena mengena dengan asal muasal perkataan "Pencacai" yang dipopularkan oleh P Ramlee dalam filem Tiga Abdul yang lebih kurang bermaksud kuli pengampu.

Perkataan pencacai mungkin bermaksud lebih kurang dengan macai. Tetapi perkataan macai membawa konotasi buruk terhadap bangsa Melayu sendiri apabila ia memberi peluang pihak lain tertawa dalam diam.

Sumber ipohmalay

Wednesday, October 30, 2013

Permohonan Kelayakan Memohon Bantuan Br1m 2014 untuk Bajet 2014

 

BR1M 4 dinaikkan kepada RM300 dan RM650

kepada isu rumah yang berpendapatan RM4,000.00 dan

kepada individu BUJANG yg berumur 21tahun ke atas layak mendapat Br1m 4 RM300.00 

Syarat-syarat kelakyakan BR1M 4 2014:

*akan di update dari semasa ke semasa...

Thursday, October 24, 2013

Gambar-Gambar Targedi Di Cameron Higlands banjir Air ampangan Melimpah


Kemusnahan dibumi yang indah hanya sekelip mata dimusnahkan oleh Air. Allah Maha Kuasa.

Kejadian air limpah mengakibatkan banjir lumpu yang hampir memusnah kan 100 rumah di sekitar nya. 



























Saturday, October 12, 2013

Google Malaysia Kena Hack




Google Malaysia hari ini digugat kerana telah di hack oleh Hacker luar negara dari Pakistan. Mengapa dan kenapa banyak-banyak negara Malaysia adalah sasarannya? Jika difikir kan Pakistan dan Malaysia adalah negara Islam? kenapa haker-haker ni tak serang google Israel ker atau Amerika? 



ataupun haker ni pernah tinggal di Malaysia dan berdendam dengan makcik-makcik yang tak bayar karpet kot. hahaha.


 ataupun budak-budak sekolah yang beli ice kream tak bayar. keh keh keh.



ataupun yang paling best sekali cinta segi tiga? Orang Pakistan nak berebut gadis-gadis malaysia yang tolak pinangan nya "Adik Manis".....

Adakah ini notis awal? banyak tanda tanya yang terlintas dari kepala ni.

Friday, October 11, 2013

Gambar-gambar di sekitar Water Park Legoland Nusajaya

Hotel Legoland
Pembukaan Water Park Legoland kali ini lebih menarik. Legoland telah memberkan tiket masuk percuma sebanyak 5-10 keping kepada staff-staf nya.



Kalo sesiapa yang nak pegi Legoland Water Park ni da boleh beli tiket. Nak jimat beli tiket Legoland Water Park ini secara online. Ni harga online


Sempat lagi kutooo berposing


Type
Online Price (RM)
Adult (12-59)
84.00
Child (3-11)
64.00
Senior (60+)
64.00

So kalo sesiapa yang nak beli tike boleh beli kat sini www.legoland.com.my

gambar-gambar sekitar di Water Park Legoland Nusajaya Johor Bahru.