Marilah kita bermuhasabah              atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita.              Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah 
terbalik atau              bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut              oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau              terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang              dipaparkan dibawah 
sebagai contoh amalan yang              terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang              dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam              pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik              dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di 
mana Rasulullah              telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga              simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.              Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia              makanan dan 
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.              Tidakkah mereka yang hadir
makan kenduri tersebut khuatir              kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang ditinggalkan              oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum 
dibahagikan              kepada yang berhak menurut Islam?
 
 
 
  
 