Wednesday, March 6, 2013

Info Terkini Pencerobohan Di Lahad Datu Sabah Malaysia

*UPDATED TERBARU SISTEM MENCARI CALON PRU 2013 
 

PERGI DISINI UNTUK MAKLUMAT PENUH PRU 2013




LIVE Utusan

Lahad Datu Sabah, Malaysia



Lihat Peta yang Lebih Besar

di blog kutooobamboo






1 Mach 2013 Kes pencerobohan di Lahat Datu semakin memuncak di kabarkan tembak-menembak berlaku pada hari ini mengorbankan dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

 "Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut. 

Sumber: kutooobamboo/bernama/mKINI/






KRONOLOGI DAN KEADAAN TERKINI KRISIS #LAHADDATU

Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

3 Mac - Ketua Polis Sabah sahkan satu lagi polis terbunuh, manakala dua orang polis cedera di Semporna setelah diserang hendap oleh kumpulan dipercayai penyokong penceroboh Lahad Datu.




gambar2 pencerobohan lahad datu

updated

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
KENYATAAN AKBAR PHILIPPINE ni tidak benar! Pihak penceroboh yg menyerang pagi tadi bukan sebaliknya! 


mstar


3 mac Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.


GAMBAR-GAMBAR TERKINI DI LAHAD DATU









GAMBAR PENCEROBOH DITANGKAP



29 MARCH 2013



Sumber infoharian.com

Berita Terkini Lahad Datu 29.3.2013 OPS Daulat hari ke 25

parang barong berita terkini lahad datu 29.3.2013 ops daulat
Semalam menyaksikan seorang lagi anggota saki-baki pengganas Sulu ditembak mati apabila lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna
Sepanjang Operasi Daulat,pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain
Mengenai pengganas yang ditembak mati itu dia merupakan seorang  pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai ‘Imam Tua’
Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis

Penduduk Tanjung Batu Dibenarkan Pulang Pada Sabtu

kampung tanjung batu bersih berita terkini lahad datu 29.3.2013 ops daulat
Penduduk Kampung Tanjung Batu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata kepada media hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti
Pun begitu rombongan itu akan diiringi pasukan keselamatan bagi tujuan keselamatan

Perkembangan semasa OP Daulat Hari Ke 25 menyusul

VIDEO TERKINI DI LAHAD DATU 1 MAC 2013 | KEMATIAN DI LAHAD DATU, SABAH | TEMBAKAN DI LAHAD DATU, SABAH | LAHAD DATU | PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU | SULTAN SULU | GAMBAR PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU | GAMBAR TERKINI DI LAHAD DATU | LAHAD DATU 1 MAC 2013 | MANGSA TEMBAKAN DI LAHAD DATU | VIDEO LAHAD DATU 1 MAC 2013 


1 comment:

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER