Saturday, February 15, 2020

Cara-cara Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan Loan Kerajaan atau Bank



Tahniah kepada anda kerana telah memiliki Sijil Layak Memiliki Rumah oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan.

STEP PERTAMA

ok untuk step pertama setelah anda mendapat sijil Layak Memiliki itu pastikan anda semak dahulu di pejabat anda sama ada anda layak untuk membuat pinjaman sebaliknya atau tidak. Jika anda confiden layak... teruskan, tapi jika rasa was-was dan sememangnya tak layak hati-hati anda mungkin akan kerugian wang dan masa. kalau anda ada duit cash tak payahlah hendak buat-buat loan bayar jer cash apa susah.hati-hati dengan sijil surat SUK kerana ada tarikh luput. pastikan anda renew di pej SUK negeri masing-masing. bawa siji layak menduduki.

STEP KE 2

Bawa sijil Layak Memiliki Rumah daripada SUK ke Sales galeri perumahan yang anda minta atau telepone dahulu pejabat pemaju dimana lokasi hendak dituju.

STEP KE 3

Anda diminta untuk membayar deposit pendahuluan contah rumah saya rm150k saya kena bayar rm1000 untuk proses dokumentasi bergantung kepada pemaju. disitu anda diminta untuk melampirkan salinan i/c, slip gaji senang kata apa yang dimintak oleh pemaju cepat-cepat lah bagi untuk memudahkan proses dokumentasi nanti. 

STEP KE 4

Lebih kurang satu hingga dua minggu anda akan di call oleh lawyer mengenai agreement. opss lupa nak cerita sebenarnya pemaju akan lantik sendiri lawyer untuk kita so tak payah susah-susah kita nak cari lawyer sendiri. biar mereka buat kerja.

Anda akan diberitahu untuk pergi ke pejabat lawyer untuk menandatangani agreement jual beli. mereka akan meminta duit untuk buka fail lebih kurang rm500 atau lebih. bergantung kepada harga rumah anda.

disini anda kena berhati-hati. apabila sudah membuat pembyrn kepada lawyer anda mesti bertanya apa proses seterusnya dan pihak lowyer akan memberitahu prosesnya tapi jangan bimbang semua proses itu hanya dibuat diantara lowyer dengan pihak bank/peminjam perumahan kerajaan. tetapi awas.... jeng jeng jeng anda mesti sering bertanya sama ada sudah selesai atau tidah. proses ini memakan masa sebulan ke dua bulan. Proses ini dinamakan pertukaran nama geran.

STEP KE 5

Setelah selesai proses pertukaran selepas pihak peguam menyelesaikan / mendaftar pemindahan nama geran di pejabat tanah, maka pihak pembeli perlu menjelaskan baki bayaran hartanah tersebut kepada pihak penjual. disini anda perlu sentiasa updated dengan pihak bank/Lembaga Perumahan dan sekiranya terlewat membuat bayaran pada tarik yang ditetapakan, pemaju akan mengunakan interst kepada pembeli, walaupun bukan kesilapan dari pemaju. (dalam agrement telah nyatakan)

STEP KE 6

Penyerahan Kunci
Pemaju akan menghantar surut serah kunci rumah (status vacant possession) . Tahniah.. tetapi jangan cepat gembira kerana pemaju akan mengenakan bayaran late interest. bayar interest dulu baru dapat kunci

Selesai bayar interest baru dapat kunci 








No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER