Monday, November 18, 2013

Lirik Lagu-Lagu Terbaru Akademik Fantasia Musim Akhir 2013

 Lirik Lagu-Lagu Terbaru Akademik Fantasia Musim Akhir 2013
 
FAIZUL – SEPASANG SAYAP

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti

Dibelai angin menutup kalbu
Hijab ditutup tanda setuju

(Chorus)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa

Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti

Terimalah aku yakini aku
Sungguh pun aku ular berbisa

(Ulang chorus 2x)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa

Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya


Terbanglah…..dengan sepasang sayap.. (2x)







Lirik Lagu Mimpi - Aishah AF2013
Ceritakan pada ku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku
Ceritakan semua ..
Cerita kita cipta bersama ..
Kisah terindah pernah ku rasa ..
Selama pernah jantung ku bernyawa ..
Berdua ..
Hanya kau dan aku ..
Andai ini hanya mimpi ..
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena .
Sampai kau tiba
Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini .. ohh ..
Ceritakan pada ku ..
Ceritakan pada ku selalu ..
Kisah yang tak mungkin pergi lalu ..
Selama akan ku hidup dengan mu ..
Bersama ..
Mengharungi semua ..
Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini ..
Biar terus terlena ..
Sampai kau tiba
Bawa daku ke angkasa ..
Memetik bulan bintang ..
Bawaku terbang bersama ..
Jangan kau lafazkan ..
Jangan kau tinggalkan semua
Biar saja begini .. ohh..
Biar terus ku lena ..
Sampai kau tiba
Andai ku hanya bermimpi ..
Biar aku begini ..
Sampai ketemu lagi ..
Aku di sini
Andai semuanya mimpi ..
Biar saja ku terus begini ..
Ku mahu terus kisah cinta kita ..
Terus sampai hujung masa ..




Lirik Lagu Sesaat Untukku – Amira AF2013

Kau datang lagi seperti selalu seperti biasa
Kau tak pernah jemu temani ku dalam lena ku
Kau buat ku merasa ku ada segalanya
Kau buat ku merasa hidup ku sempurna

Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti

Tetaplah jadi yang terbaik
Biarpun sesaat sahaja
Namun ianya bermakna bagi ku
Kau buat ku merasa ku ada segalanya
Kau buat ku merasa hidup ku sempurna

Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti

Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti

Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau
Yang bisa kau sakiti lagi




Hentian terakhir
Hentian terakhir buat kita
Sampai sini saja

Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir

Muala manisnya perjalanan kita indah nya
Pemandangan kau dan aku bersama-sama
Landasan kita kukuh kasih kita utuh
Gelap kita sama
Sekarang rasa terhuyung hayang
Di dalam terowong panjang tiada hujung nya
Ku rasa loya kau senyap saja bila di tanya

Aku perlukan kamu berterus terang
Ada kita tak biasa ku seorang 
Aku boleh terima penjelasan apa jua
Ada jalan selesai kan

Aku perlukan kamu berterus terang
Ada kita tak biasa ku seorang 
Aku boleh terima penjelasan apa jua
Ada jalan selesai kan

Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir

oh sayang seribu sayang nya dulu kau ku sayang
Sekarang hanya sekadar kawan
Dulu bukanya sekarang

Aku perlukan kamu berterus terang
Ada kita tak biasa ku seorang 
Aku boleh terima penjelasan apa jua
Ada jalan selesai kan

Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir
Hentian terakhir Cinta yang akhir

Aku perlukan kamu berterus terang
Ada kita tak biasa ku seorang 
Aku boleh terima penjelasan apa jua
Ada jalan selesai kan




Lirik Lagu Percayalah – Indah AF2013

Aku masih mampu meneruskan hidupku
Hanya karena janjimu
Yang tulus mencintaiku


Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Akukan setia selalu selamanya

Percayalah percayalah

Walau di mana dirimu
Hatiku hanya untukmu
Percayalah percayalah
Sejauh mana dirimu


Ku ingin kau tahu
You always in my heart

Aku takkan sanggup
Bila tak bersamamu


Kerna ku yakin dirimu
Tercipta hanya untukku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu


Akukan setia selalu selamanya

Percayalah percayalah
Walau di mana dirimu
Hatiku untukmu


You always in my heart
Sejauh mana dirimu
Ku ingin kau tahu
You always in my heart




Lirik Lagu Katakan Saja – Nabila AF2013

Katakan saja katakanlah
Tak mungkin aku percaya
Biarkanlah saja biarkan
Biarkanlah ku tak bisa


Katakan saja kau menyinta
Jangan buatku merana
Jika benar kau tak berdusta
Hidup pastikan bersama


Masih jelas ku ingat
Bila engkau dan aku mula bertemu
Hari makin menghilang
Jika engkau tak putuskan


Janganlah jangan kau cuba untuk menguji
Hati yang kian lama menanti
Kasih yang aku ada hanyalah untukmu
Kasih yang kian lama berputik
Jangan disisih kau buat aku menangis

Cerita Kisah Villa Nabila

Sumber terbaru dari  http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/9842-al-kisah-villa-nabila-yang-tiba-tiba-popular.html

Updated November 2013

Siapa Nabila? Apa kaitan rumah banglo usang di tepi jalan Danga Bay Johor Bahru itu dengan nama beliau, dan siapa yang beri nama 'Villa Nabila' yang kecoh satu Malaysia itu.
Ramai yang hendak tahu... asal muasal kisahnya, maka jenuh Agendadaily ketuk pintu sana sini untuk mendapat 'pencerahan' apa cerita sebenarnya.
Ini bukan cerita tepi jalan... tapi hasil temubual dengan wartawan kanan Utusan Malaysia di Johor Bahru, Maznah Mohd Arsad (gambar kanan).
Orang lama yang simpan banyak cerita dan gosip di Johor Bahru dalam 'poketnya'.
maznahMenurutnya, 'Villa Nabila' yang kecoh diperkatakan oleh rakyat Malaysia kononnya rumah dimana budak perempuan nama Nabila kena bunuh dan menyebabkan ianya tidak diduduki dan berhantu hanyalah rekaan yang berbeza dengan fakta sebenar berkenaan sejarah rumah terbabit.
Jelasnya rumah tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang didakwa oleh mahkamah kerana pecah amanah dan menipu Kerajaan Negeri Johor.
Tambah beliau, tidak pernah timbul cerita berkenaan pembunuhan kejam atau ngeri di rumah terbabit, sebaliknya rumah berkenaan ditinggalkan kosong ekoran disita pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
"Dia (ahli perniagaan Cina) sebenarnya sebab pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor, dan dijatuhkan hukum didapati  bersalah.
"Saya tak ingat, berkemungkinan pada tahun 1990 atau 1991, orang tersebut seorang ahli perniagaan dan katanya memang kerap menipu.
"Saya adalah wartawan yang ditugaskan membuat liputan berkenaan kes tersebut di Mahkamah di Johor Bharu, tertuduh dipenjara dan segala aset milik beliau disita pihak berkuasa," tambahnya lagi.
Itu kata wartawan otai yang memang menjadi sumber rujukan apa saja berita dan gosip di Johor.
Dalam bahasa mudahnya, tak pernah ada kaitan antara rumah banglo kosong itu dengan budak perempuan nama Nabila. Hanya 'urban legend' yang disebarkan dari mulut ke mulut sejak sekian lama.


Dan berita-berita lain adalah palsu.
sumber villanabilla.blogspot.com


Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini

Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang 7 selamat


GAMBAR TERKINI PAGI INI SEBELUM PERGI KETEMPAT KERJA DISINI ATAU DI ENTRY TERBARU

Terkini ! Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui - Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.

Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti. Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

sumber : mazidul

♡♡Blog rakan lirik lagu macam cantik jer. disini♡♡

UPDATED 18/11/2013

sumber lain dari kisah ini yang mengatakan berita ini palsu  (KLIK DISINI)

Lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013, sekali lagi misteri banglo villa nabila menghemparkan malaysia khususnya rakyat johor dgn kehilangan 23 orang dan 7 orang sempat melarikan diri. 

Sumber lain pulak mengatakn 30 hilang. Dan mereka mengadakan private party. Atau hanya guraun saja? Mby 7orang yg melaporkan itu saja saja nak test polis. Takkan ramai sangat berani masuk villa nabila yang terbukti masih misteri. Kita tunggu kisah selanjutnya nanti.
 










Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini.

PIC TERBARU....

ANTARA BUDAK-BUDAK YANG TERLIBAT 


YANG MASIH HILANG SUMBER tengoktvonline



KISAH SEBENAR RUMAH VILLA NABILA KLIK DISINI

Akhir nya berita yang dikatakan benar ini dinafikan oleh Polis yang mengatakan..... lihat video.
http://youtu.be/6QRyqd45e_U


Friday, November 8, 2013

Cara Buat Comics Bitstrips





Ramai yang masih mencari cara-cara membuat komik di Bitstrips. caranya sangat lah mudah.

Pertama ada mesti download Bitstrips di Apps Android DISINI

Selepas Install connect dengan Facebook dan edit avatar. sesuka hati nak create








Sunday, November 3, 2013

Apa Maksud Macai

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

Sensitiviti ini lama kelamaan dilupakan oleh orang Melayu sendiri. Melayu mudah lupa. Tetapi orang Cina tidak melupakannya.

Ini diawali oleh sikap orang Melayu yang sesetengahnya tidak suka mendengar perkataan Malaicai (馬來仔) digunakan oleh orang Cina  sesama mereka terutama di tempat kerja bagi merujuk kepada pekerja Melayu kerana orang Melayu ini lebih suka dirujuk dengan nama mereka.

Perkataan "Cai" (仔) mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Perkataan 'Macai' (馬仔) yang kita selalu dengar dan perkataan 'budak Melayu' (Malaicai - 馬來仔) yang kita tidak suka dengar dari mulut orang Cina, dilihat berkongsi karekter yang sama namun dibezakan dengan dengan perkataan 'Lai' (來) yang ditiadakan.

Apabila perkataan 'Ma' (馬) telah diketahui menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia selain maksud asalnya yakni 'kuda' dan apabila tiada perkataan Macai (馬仔) wujud dalam kamus Cina di Tanah Besar Cina, jelas sekali perkataan ini berorientasikan maksud tempatan yakni dalam konteks perkaitannya dengan perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞).

Maka, ringkasannya, perkataan "Macai" (馬仔) itu sendiri membawa dua erti yakni pada bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, iala membawa maksud 'budak yang diperkudakan' manakala dari segi istilah, ia membawa maksud 'budak Melayu'.Penggunaan perkataan ini di Malaysia tidak memisahkan kedua-dua maksud ini.

Hari ini, sangatlah memalukan apabila kita mendapati anak-anak Melayu 'memacai' sesama mereka sendiri tanpa mengetahui makna serta asal usul datangnya perkataan tersebut yang pada awalnya merupakan kata yang dianggap menghina bangsa mereka.

Padahal bangsa Cina di negara ini amat berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini bimbang ia mengguris sensitiviti orang Melayu yang mengerti.

Untuk rekod, perkataan Macai di atas tiada kena mengena dengan ejensi nombor ramalan Damacai (大马彩) yang berbunyi 'Taimachoi' dalam Kantonis yang membawa maksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda".

Perkataan kewujudan perkataan Cina ini juga tiada kena mengena dengan asal muasal perkataan "Pencacai" yang dipopularkan oleh P Ramlee dalam filem Tiga Abdul yang lebih kurang bermaksud kuli pengampu.

Perkataan pencacai mungkin bermaksud lebih kurang dengan macai. Tetapi perkataan macai membawa konotasi buruk terhadap bangsa Melayu sendiri apabila ia memberi peluang pihak lain tertawa dalam diam.

Sumber ipohmalay