Tuesday, October 19, 2010
Tragedi Bot Ekspress Karam di Bintulu
Tragedi bot ekspress karam di Sungai Kakus, Kelebu, Bintulu lebih kurang pada pukul 2.30 petang semalam di khuatiri meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa apabila bot penumpang yang sarat membawa penumpang karam petang semalam selepas berlanggar dengan sebuah tongkang mengangkut balak.
Sehingga pukul 9 malam tadi, 4 penumpang disahkan mati lemas, manakal 19 lagi masih hilang.
RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas.
BINTULU: “Semuanya kelam-kabut, tetapi saya dapat memecahkan tingkap bot dan berenang keluar,” kata Silo Gerenang, 58, seorang daripada tujuh penumpang yang selamat selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Kakus, Kelebu di sini, semalam.
Menurut Silo, sebaik bot yang membawa lebih penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan bot tunda balak di Ulu Sungai Anap, suasana menjadi kelam-kabut dengan jeritan penumpang meminta tolong dan ada juga berasak mencari jalan keluar menyelamatkan diri.
“Kejadian berlaku sekelip mata dan kebanyakan penumpang gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap. Saya bersyukur dapat keluar dan berenang ke tebing sungai sebelum dibawa orang ramai ke hospital,” katanya.
Sehingga jam 8 malam tadi, empat mayat ditemui manakala nasib yang lain belum diketahui. Dua mayat ditemui kira-kira jam 8 malam dan kira-kira 40 minit kemudian, satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam bot terbabit.
Selang lima minit kemudian mayat keempat ditemui ketika bot ekspres yang terbalik ditarik naik ke permukaan menggunakan sebuah tongkang lain.
Difahamkan, bot ekspres berkenaan tidak menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang dan ketika kejadian ia membawa penumpang berlebihan.
Sumber Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER