Showing posts with label 8 Perkara Perempuan tak sempat bagitahu Lelaki. Show all posts
Showing posts with label 8 Perkara Perempuan tak sempat bagitahu Lelaki. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

Transfer ASB melalui Maybank2u atau CIMB clicks

Transfer ASB melalui Maybank2u atau CIMB clicks



INFO BERGUNA kepada semua ahli ASB yang ada akaun maybank2u dan cimbclicks yang ingin memasukkan / menyimpan wang kedalam ASB secara online.


Transfer ASB melalui Maybank2u

1. Masuk ke dalam http://www.maybank2u.com.my/

2. Macam biasa masukkan Username & Password (yang ni sendiri punya …. rahsia tau..)



3. Pilih pada bahagian Investment


4. Klik pada ASNB Unit Trust Additional Purchase


5. Tandakan “check box” sebagai pengesahan dan klik butang Next



6. Dapatkan TAC Number dan isi maklumat yang diminta seperti jumlah tambahan pelaburanno.akaun ASBanda dan Pilih Jenis pelaburan anda (Pilih Amanah Saham Bumiputera). Seterusnya klik butang Continue



7. No. akaun ASB anda adalah seperti kedudukan didalam buku pelaburan anda. contoh seperti gambar diatas.



8. Masukkan TAC anda yang telah dihantar ke Handphone anda. KlikConfirm



Transfer ASB melalui CIMB clicks





untuk memudah kan transaksi selepas ini silah ADD Favorite

Tuesday, November 19, 2013

Gambar dan Video Terkini Di sekitar Villa Nabila November 2013

entery sebelum ini http://ericoanaci86.blogspot.com/2013/11/kisah-benar-seram-villa-nabila-23-orang.html


Salam semua yang ternanti-nanti gambar-gambar terkini di Villa Nabila ini gambar kutooo pergi sendiri di tempat kejadian baru sebentar tadi sebelum ke tempat kerja. jika mahu share silakan dan jangan lupa sumber dari mana tq.

Kebetulan kemalangan baru berlaku berhadapan di Villa Nabila. Ni mesti sebok2 nk tengok.





Suasana ketika hendak parking, masih lagi ramai yang datang untuk melihat. dah macam tempat pelancongan pulak. semua bangsa ada. 1Malaysia!!! huhuhu



gambar dari bawah dan bersebelahan villa nabila
 

Pintu Masuk.... villa nabila



pondok pak guard




setelah masuk kedalam meredah bukit akhirnya kutooo sampai ke rumah tersebut waaa terdapat sekumpulan orang tengah membacakan doa-doa. bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat. tak sempat nak tanya.








gambar kolam renang villa nabila yang begitu usang


 gambar-gambar di sekitar villa nabilla




video akan diupdate sebentar lagi kerana mahu edit so tunggu. jgn lupa follow 


Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini

Thursday, November 11, 2010

8 Perkara Perempuan tak sempat bagitahu Lelaki

Dasyat atau pun tidak hakikatnya lelaki harus akui perempuan ni memang agak sukar difahami tapi mudah disentuhi..Disentuhi??..Yer mudah disentuhi tapi hanya jika pandai mencuri hati nya.tak percaya lihat sini.Memang banyak perkara yang tidak sempat diberitahu sebabnya perempuan lebih suka difahami secara tersirat.





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
3. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
4. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
5. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
7. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
8. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
9. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
10. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
11. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
12. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.
13. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
14. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
15. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
16. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
17. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
18. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/S: Pelbagai cabaran onak duri untuk ditempuhi...Berushalah untuk memiliki dan dimiliki.

InsyaAllah..jom layan..by Maher Zain..